...السلام عليكم
MISYA DINA merupakan gabungan nama empat sahabat yang sedang menuntut ilmu ke arah kecemerlangan hidup. MI ialah singkatan nama yang di ambil daripada tuan empunya diri, Shamimi binti Lin @ Abd Halim. Manakala, suku kata SYA dipetik daripada si kecil molek Syahirah binti Ibrahim. Seterusnya, 'Adillah binti Abdullah yang dipanggil Dillah,hanya suku kata DI yg diambil. Akhirnya, NA diambil daripada tuan empunya nama, Nor Amanina Nasuha binti Nor Sham.
Kami kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan sains di Kolej Matrikulasi Kedah. Tujuan kami mewujudkan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai tajuk penceraian disamping merapatkan ukhwah kita sesama muslim dan bertukar-tukar pandangan tentang liku-liku kehidupan sebagai seorang muslimin atau muslimah. Kami sebagai remaja mempunyai pendapat dan pendirian dalam pelbagai aspek kehidupan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dalam mencari keredhaan-Nya di dunia dan akhirat kelak.
إن شاء الله
Di dalam Islam, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tindakan halal tetapi paling dilaknat Allah adalah perceraian.” Ketika pernikahan tersebut membuat seseorang atau masing-masing pasangan yang menikah merasa tersiksa secara lahir dan batin akibat sebuah ikatan bersama, maka dihalalkan bagi mereka untuk melakukan perpisahan rumah tangga. Secara harfiah, definisi perceraian adalah pemutusan terhadap ikatan pernikahan secara agama dan hukum.
Namun dalam Islam, erti perceraian tidaklah semudah pernikahan. Banyak tahap yang harus dilalui ketika perceraian benar-benar dilakukan. Dalam Al-Qur’an Surat Ath-Thalaq, yang dipergunakan sebagai Undang-Undang Perkawinan. Bahawa perceraian hanya akan terjadi ketika ada saksi dan melalui tiga tahap, yaitu talak 1, talak 2, dan kemudian talak 3.
Nusyuz
Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:
Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama:
Fasakh
Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.
SEBAB FASAKH
JENIS TALAK
Hak-hak Wanita Selepas Penceraian
a) Mahar Yang Belum Dijelaskan
Menurut pendapat Imam Syafie, mut’ah itu wajib diberikan kepada isteri samada dia diceraikan sebelum disetubuhi, sudah ditentukan maharnya atau belum. Ianya perlu dibayar dalam semua bentuk perceraian bagi perempuan yang diceraikan setelah maharnya ditentukan dan pensucian itu berlaku sebelum persetubuhan.
Wanita yang diceraikan juga berhak untuk mendapatkan hak mengenai penjagaan anak-anak mereka selepas berlakunya perceraian.
Definisi Hadhanah
Orang Yang Diberi Keutamaan Menjaga Anak
Penceraian
Di dalam Islam, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tindakan halal tetapi paling dilaknat Allah adalah perceraian.” Ketika pernikahan tersebut membuat seseorang atau masing-masing pasangan yang menikah merasa tersiksa secara lahir dan batin akibat sebuah ikatan bersama, maka dihalalkan bagi mereka untuk melakukan perpisahan rumah tangga. Secara harfiah, definisi perceraian adalah pemutusan terhadap ikatan pernikahan secara agama dan hukum.
Namun dalam Islam, erti perceraian tidaklah semudah pernikahan. Banyak tahap yang harus dilalui ketika perceraian benar-benar dilakukan. Dalam Al-Qur’an Surat Ath-Thalaq, yang dipergunakan sebagai Undang-Undang Perkawinan. Bahawa perceraian hanya akan terjadi ketika ada saksi dan melalui tiga tahap, yaitu talak 1, talak 2, dan kemudian talak 3.
Apabila, seorang suami sangat berang terhadap istrinya sehingga terlontar kata cerai, maka tidak akan terbersit cerai ketika tidak terdapat saksi diantara mereka pada saat terucap kata tersebut. Itupun berlaku ketika seorang suami tidak dalam kondisi yang tidak sadar, misalnya sangat marah dan sedang gelap mata sehingga berkata cerai di luar akal dan niat sehatnya, maka dianggap tidak akan terjadi perceraian.
Kehidupan manusia masa kini yang semakin modern dan maju telah mengikis kesakralan pernikahan. Sehingga perceraian atau pisah ranjang sangat mudah terjadi antara pasangan rumah tangga. Tidak ada usaha yang cukup berarti untuk terus mempertahankan mahligai rumah tangga yang telah dibangun. Butuh nasihat yang sempurna. Egosentris yang menyelimuti individu-individu modern telah menjadikan nilai agamis tidak lagi melebihi nilai duniawi.
Jadi, perceraian hanya dapat terjadi ketika kita menginginkan hal tersebut terjadi. Maka bagi Anda yang selalu ingin mempertahankan rumah tangga Anda. Jangan sekali-kali terbersit atau meniatkan diri untuk bercerai dengan pasangan rumah tangga Anda. Ingatlah! Setiap permasalahan pasti memiliki jalan keluarnya masing-masing.
Nusyuz ialah suatu tindakan isteri yang dapat dimaksudkan sebagai ingkar atau menentang kehendaksuami dengan tiada alasan syarak yang dapat diterima mengikut hukum syarak.
Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:
i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.
iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.
v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.
Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama:
- Menasihati isterinya dengan berkata kepadanya:
“Bertaqwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akan akibat jika engkau tidak melaksanakannya.”
-Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalam di rumah isteri bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.
- Menyebut hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhusebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang nusyuz.
- Adalah sunat juga bagi suami berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinya sesuatu.
2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.
Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”
Fasakh
Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.
SEBAB FASAKH
(a) suami tidak memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, atau tidak membayar mas kahwin isterinya.
(b) tidak diketahui kedudukan suami, sama ada masih hidup atau mati selama bertahun-tahun lamanya.
(c) salah seorang daripada suami atau isteri menjadi cacat sebagaimana yang dibenarkan oleh hukum syarak.
(d) murtad salah seorang daripada suami atau isteri atau kedua-duanya.
(e) masuk Islam salah seorang daripada suami atau isteri dan tidak diikuti oleh seorang lagi dalam masa idah.
(f) berlakunya persetubuhan syubhat disebabkan salah sangka.
(g) suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri seperti memukul, mengugut, atau tidak melayan isteri dengan baik dan adil.
(h) tidak bernafsu sebagai seorang lelaki
(i) kecacatan syarie pada suami dan isteri
(j) Suami mempunyai penyakit yg merbahaya spt AIDS, SARS, JE, Siplis dsb.
(Surah an-Nisa: 34)
Talak
Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatanperkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami danisteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.
JENIS TALAK
Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
[sunting]Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
[sunting]Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci
[sunting]Talak bid’i
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.
[sunting]Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini
Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.
a) Mahar Yang Belum Dijelaskan
Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.
Firman Allah,Surah An-Nisa’ :19
Maksudnya
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kami menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang telah kamu kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…..”
Ini menunjukkan bahawa, hak untuk mendapatkan mas kawin atau mahar ini merupakan hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami. Hak ini juga tidak akan terjejas walaupun berlakunya perceraian. Oleh itu, sekiranya jumlah penuh mas kawin atau sebahagian darinya belum dijelaskan lagi oleh suami, isteri berhak untuk menuntutnya selepas terjadinya perceraian. Berhubung dengan hak ini, Seksyen 59, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 memperuntukkan bahawa, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kawinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila pernikahannya dibubarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa, hak-hak isteri yang diceraikan masih lagi boleh dituntut walaupun perceraian telah berlaku, dan suami wajib membayar mahar yang belum dijelaskannya terhadap isterinya.
b)Hak Terhadap Mut’ah
Selain dari hak seorang isteri yang diceraikan untuk menuntut nafkah, terdapat lagi hak isteri yang diceraikan untuk menuntut mut’ah. Mut’ah bermaksud pemberian oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Ayat Quran yang menjelaskan tentang wajib member Mut’ah kepada isteri yang diceraikan dalam surah al-Baqarah 2:241,
Maksudnya;
Dan isteri-isteri yang telah diceraikan, berhak mendapat mut’ah (pemberian sagu hati ) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang bertaqwa.
Hukum syarak jelas menyebut tentang kewajiapan seorang lelaki membayar mut’ah kepada isteri yang telah diceraikan seperti dalam surah Al Baqarah ayat 236 maksudnya:
“Tidaklah kami bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu ceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka, walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mut’ah (saguhati) kepada mereka (yang diceraikan) iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang susah pula menuntut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan”.
Menurut pendapat Imam Syafie, mut’ah itu wajib diberikan kepada isteri samada dia diceraikan sebelum disetubuhi, sudah ditentukan maharnya atau belum. Ianya perlu dibayar dalam semua bentuk perceraian bagi perempuan yang diceraikan setelah maharnya ditentukan dan pensucian itu berlaku sebelum persetubuhan.
c)Hak penjagaan anak (Hadhanah)
Wanita yang diceraikan juga berhak untuk mendapatkan hak mengenai penjagaan anak-anak mereka selepas berlakunya perceraian.
Definisi Hadhanah
Hadhanah dari perkataan Arab yang berasal dari perkataan “ Hadhanah” yang bermaksud “rusuk” atau “peluk”. Ini kerana, kelaziman bagi seorang ibu apabila ia sedang mengasuh atau mendukung anaknya maka anak tersebut akan dipangku disebelah rusuknya, jika kalimah itu dinisbahkan kepada seseorang, maka ia memberi erti mendidik atau mengasuh atau mentadbir sesuatu.
Dari segi istilah syarak pula, para ulamak membuat pelbagai definisi mengikut pemahaman mereka antaranya ialah:-
a) Menurut al-Hanafiah, hadhanah ialah “hak penjagaan anak-anak bagi sesiapa yang dibenarkan untuk mendidik/membesarkan kanak-kanak tersebut serta menjaga dan memenuhi segala keperluannya dalam usia yang tertentu”.
b) Al Syafiiyah pula mendefinisikan hadhanah dengan “keupayaan untuk menjaga/ mengawasi orang-orang yang tidak dapat membezakan atau tidak mampu menjaga diri mereka (seperti anak kecil dan oang gila) serta mendidik dan membesarkan mereka kearah kebaikan dan melindungi mereka daripada bahaya dan kemudharatan”.
c) Al-Malikiyah pula mendefinasikan “ penjagaan /penyeliaan anak di dalam kediaman (rumah) dengan menyediakan makan.minum, pakaian, tempat tidur serta kebersihan dirinya”.
d) Al Hanabilah mendefinisikan hadhanah sebagai “menjaga/menyelia budak kecil dan selainya (orang gila) daripada apa-apa yang memudharatkannya dan mendidiknya dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuknya”.
Orang Yang Diberi Keutamaan Menjaga Anak
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa hak untuk menjaga atau memelihara anak yang belum mumaiyiz apabila terjadi sesuatu perceraian sama ada perceraian hidup atau mati adalah milik ibu. Ia merupakan satu kesepakatan oleh setiap imam mazhab yang empat, bahkan sudah menjadi ijmak terhadap masalah tersebut.
Hikmah diberikan hak hadhanah kepada ibu kerana golongan tersebut mempunyai sifat mendidik dan mengasuh seperti penyabar, belas kasihan, lemah lembut dan sebagainya yang sesuai dengan fitrah wanita.